Murid 11 tahun dicabul dalam kebun getah - Utusan Malaysia

Murid 11 tahun dicabul dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 31 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berdepan detik menakutkan dalam hidupnya apabila dicabul dalam sebuah kebun getah di Bunut Susu di sini.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu dibawa ke lokasi kejadian oleh suspek berusia 18 tahun ketika sedang menunggu ibunya datang di pintu belakang sekolah, penghujung Jun lalu.

Kejadian yang berlaku tersebut bagaimanapun hanya tular di aplikasi WhatApps dan media sosial bermula hari ini selepas gambaran lakaran suspek oleh pihak polis mula dikongsi oleh orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohammed Piah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, operasi mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu menyelesaikan kes.

“Orang ramai yang mengenali suspek diminta supaya tampil atau menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan ketika sedang menunggu ibunya, mangsa telah didatangi oleh suspek yang tidak dikenali yang kemudiannya memujuk kanak-kanak itu menunggang motosikal bersamanya.

Selepas itu, suspek membawa mangsa ke sebuah kebun getah yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan sekolah dan bertindak mencabul mangsa.

Mangsa berusaha melarikan diri dan seterusnya meminta bantuan penduduk kampung manakala suspek pula berjaya meloloskan diri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×