KUALA LUMPUR 11 Julai – Semangat untuk meneruskan langkah dalam bidang seni suara menyebabkan duo berkumpulan Meeyo dan Joe serta penyanyi solo yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Izzmad Harun memerlukan platform yang boleh membantu karier seni masing-masing. Walaupun Meeyo dan Joe tidak sebumbung dengan Izzmad mahupun di bawah satu pengurusan namun persamaan yang ada kepada ketiga-tiga anak muda ini ialah semangat kental untuk tidak mati langkah dalam bidang seni…










