Mayat lelaki kurang siuman - Utusan Malaysia

Mayat lelaki kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 9 Julai – Misteri penemuan mayat seorang lelaki tanpa pakaian di Air Terjun Puteri Mandi, Yan dekat sini Jumaat lalu terjawab setelah polis berjaya menemukan kenderaan yang digunakannya ke situ.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, kira-kira pukul 3 petang semalam, anggotanya menemukan sebuah motosikal di kawasan berhampiran dengan semakan mendapati, kenderaan terbabit milik seorang wanita berusia 32 tahun dari Kampung Padang Perak, dekat sini. 

“Wanita itu mendakwa motosikal tersebut digunakan bapa saudaranya yang merupakan seorang lelaki kurang siuman, Mohamad Redzuan Yahya, 33, sejak hampir seminggu lalu. Lelaki itu bagaimanapun langsung tidak pulang ke rumah sejak dia meminjam motosikal tersebut. 

“Hari ini wanita tersebut hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk membuat pengecaman bersama datuk saudaranya yang merupakan bapa peminjam motosikal terbabit. Setelah membuat pengecaman, datuk saudaranya itu mengesahkan bahawa mangsa adalah anaknya,” katanya. 

Akhbar baru-baru ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan terapung dan tertiarap di kawasan air terjun yang terletak di kaki Gunung Jerai itu. 

Shahnaz menambah, laporan bedah siasat menunjukkan mangsameninggal dunia disebabkan oleh beberapa kecederaan dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Jenazah mangsa dituntut kakaknya dan dibawa pulang ke Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar dekat ini untuk dikebumikan. 

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)”-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN