Mayat lelaki ditemukan dalam kontena - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan dalam kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kontena di Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, lelaki berusia 58 tahun itu bekerja sebagai pemandu jentera ‘forklift’ dengan menyusun dan mengalih kontena di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.44 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam menjumpai mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap dalam sebuah kontena.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri dalam sebuah kontena di kawasan itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap badan mangsa mendapati kematiannya tiada unsur jenayah kerana tiada sebarang kesan luka dan kecederaan.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN