KUALA LUMPUR 18 Julai – Mungkin disebabkan ‘penat’ melayan kerenah ahli-ahli Parlimen yang tidak habis-habis bertikam lidah, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon membuat keputusan mematikan sistem mikrofon.
Beliau tidak mengeluarkan sebarang kata, hanya menekan butang supaya mikrofon di meja ahli-ahli Parlimen dimatikan fungsinya.
Akibatnya bunyi ‘ping’ yang kedengaran bertalu-talu mencetuskan irama seperti muzik di dalam dewan.
Nampaknya, Mohd. Rashid cepat belajar dan mengambil jalan paling mudah yang dilihat berkesan untuk meminta ahli-ahli Parlimen berhenti bertengkar. – UTUSAN ONLINE










