TEHRAN 11 Julai – Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila lori tangki minyak bertembung dengan sebuah bas di barat negara ini.
Insiden itu berlaku pada waktu tengah malam waktu tempatan di Sanandaj, ibu kota wilayah Kurdistan, kira-kira 400 kilometer barat Tehran.
Agensi berita IRNA berkata empat penumpang bas dan tiga orang yang lalu-lalang di situ turut cedera dalam insiden berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan tiga hari untuk berkabung di wilayah terbabit. – AFP









