KUALA LUMPUR 22 Julai – Seramai sembilan orang pelajar berlainan institusi kemahiran menerima Anugerah Pelatih Terampil Cemerlang 2018 Belia Mahir di Pusat Konvensyen Avenue Bangi, di sini, hari ini.
Begitu tingginya nilai TVET, ada juga antara kalangan mereka yang bergelar profesional yang mengambil pembelajaran bagi mendapatkan Diploma Vokasional.
![]() |
|
S. JEYANTI
|
Pelajar tersebut tersebut, S. Jeyanti dari Akademi Kemahiran Minda ISBA UK berkata, institut kemahiran adalah satu langkah yang baik dalam mencungkil bakat para pelajar.
“Saya merupakan seorang akauntan namun saya belajar pengurusan semasa sertai ISBA UK bagi mencungkil bakat dalam diri,” katanya ketika ditemu bual, di sini, hari ini.
![]() |
|
LUQMAN NUL HAKIM AHMAD FUAD
|
Sementara itu, penerima anugerah yang sama, Luqman Nul Hakim Ahmad Fuad dari Tekat Automotif berkata, dengan era 4.0 kini yang mementingkan kemahiran dari setiap sudut, pelajar lebih terjamin sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya satu bakat.
“Sekarang saya bekerja di syarikat Volkswagen Batu Pahat dan saya sangat bersyukur kerana melalui kemahiran yang saya ada ini, hidup saya lebih terjamin dan rata-rata syarikat sangat yakin dengan pelajar keluaran Institusi Kemahiran ini,” katanya.
![]() |
|
MUHAMMAD HAFIZUDDIN RAMLI
|
Dalam nada yang sama, penerima anugerah, Muhammad Hafizuddin Ramli dari Myland Training Centre berkata, institut kemahiran seperti ini bagus dan merupakan peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang tidak berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Bagi saya, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
“Saya sangat galakkan kepada semua anak-anak muda di luar sana supaya memasuki institusi kemahiran kerana ia lebih terjamin. – UTUSAN ONLINE













