Lelaki Vietnam ugut bunuh rakan ditahan, rampas senapang angin - Utusan Malaysia

Lelaki Vietnam ugut bunuh rakan ditahan, rampas senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang lelaki warga Vietnam selepas dipercayai menggugut bunuh rakan sekerjanya di bilik asrama pekerja di Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU) di sini semalam.

Suspek berusia 26 tahun diberkas sepasukan polis bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) semasa berada di kilang kayu di Jalan Pongsu Seribu kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada rakan suspek yang juga pekerja kilang terbabit selepas mangsa dipaksa supaya tidak pergi bekerja.

“Suspek mendesak rakan-rakan sekerja kerana terlalu marah dengan majikannya yang sering memarahi suspek.

“Dalam operasi tangkapan suspek terbabit, polis turut menemui sepucuk senapang angin dan sebilah parang buatan sendiri di bilik asramanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN