Kuasa wanita ungguli Debat Diraja 2018 - Utusan Malaysia

Kuasa wanita ungguli Debat Diraja 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2018 kategori bahasa Melayu dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Pasukan yang dibarisi empat orang pendebat wanita itu berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, UKM dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 bersama trofi dan piala pusingan.

Pendebat UPM yang turut membawa pulang anugerah Pendebat Terbaik Akhir, P. Pavithra berkata, beliau gembira kerana akhirnya berjaya menamatkan kariernya sebagai pendebat universiti dengan kemenangan yang sangat bermakna.

“Selepas empat tahun, akhirnya kami berjaya memenangi piala yang sangat berprestij ini.

“Saya secara peribadi sangat berpuas hati dengan kejayaan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sejak awal hingga ke akhir pertandingan ini,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain Pavithra, pasukan UPM turut dianggotai Rashidah Roseli, 23, Has Umierah Ibrahim, 22 dan Nur Izzati Suardi, 22. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN