KARTUN animasi Kampung Boy sememangnya cukup popular dan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana menceritakan tentang budaya orang Melayu. Baru-baru ini, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Zainal Abidin Bakar memberitahu bahawa komik popular itu akan diterjemah ke dalam bahasa Sepanyol, menjadikannya bahasa yang ke-15 diterjemah. Kejayaan tersebut cukup membanggakan kerana ia memberikan ruang kepada rakyat Sepanyol untuk memahami dan mendekati budaya Melayu. Ditulis oleh kartunis terkemuka Malaysia, Datuk Mohammad Nor Khalid…










