Kerajaan digesa tidak berdiam diri isu iktiraf komunis - Utusan Malaysia

Kerajaan digesa tidak berdiam diri isu iktiraf komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kerajaan digesa untuk tidak berdiam diri apabila ada pihak yang sudah mula berani untuk ‘mencuba nasib’ bagi menyebarkan fahaman komunis dengan mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira kemerdekaan negara.

ANNUAR MUSA
ANNUAR MUSA

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, NGO yang cuba mengiktiraf PKM dan mahu menulis semula buku sejarah jelas mempunyai niat tertentu dan perlu diambil tindakan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

“Apa yang mereka katakan itu adalah satu penghinaan kepada veteran-veteran tentera yang bersusah payah menentang komunis di zaman darurat dahulu. 

“Memang benar ada rundingan dilakukan dengan PKM semasa mahu mencapai kemerdekaan, tetapi mereka tidak mahu menerima sistem raja berperlembagaan yang kita mahu guna dan mahu penerapan idealisme komunis di Tanah Melayu seterusnya mereka memilih untuk mengangkat senjata apabila kita tidak setuju,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×