Kematian Naufal Amsyar: Polis tidak tolak unsur penderaan - Utusan Malaysia

Kematian Naufal Amsyar: Polis tidak tolak unsur penderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 22 Julai – Polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah penderaan atau pengabaian berkaiatan kes kematian bayi malang, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang meninggal dunia semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat rumusan itu berikutan pihaknya perlu menunggu laporan penuh daripada proses bedah siasat.

“Siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 merangkumi perkara-perkara itu, tapi terlalu awal untuk membuat kesimpulan terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

“Tetapi, saya juga berharap semua pihak tidak membuat andaian awal sementara proses siasatan dilakukan dengan rapi oleh pihak polis bagi memberi keadilan kepada semua,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis (IPD) Tangkak, sebentar tadi.

Semalam, Naufal Amsyar yang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi di sisi ibu bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, dan Noraziqah Rohmat, 23.

Mohad Idris berkata, polis juga berjaya mendapat perintah sambungan reman terhadap pengasuh wanita tersebut selama tiga hari lagi selepas tempoh reman sebelum ini berakhir hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN