Kemaman Bitumen Company akan kembali beroperasi selepas kebenaran bomba - Utusan Malaysia

Kemaman Bitumen Company akan kembali beroperasi selepas kebenaran bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Kemaman Bitumen Company (KBC) akan kembali beroperasi apabila mendapat kebenaran pihak bomba susulan kejadian kebakaran yang melibatkan tiga tangki minyak mentah miliknya sejak Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sanjay Groover berkata, perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak berkuasa tempatan berkenaan perkara tersebut.

“Kami tidak akan memulakan operasi ini dengan sendiri, juga saya hendak menyatakan bahawa kami mempunyai 30 tangki di dalam kilang ini dan hanya satu kawasan melibatkan enam tangki terlibat manakala dua daripadanya terjejas teruk.

“Jadi apa yang kami akan buat adalah tangki-tangki lain yang berada di dalam kawasan tersebut akan diperiksa oleh konsultan yang diiktiraf dan kami akan memanggil pakar untuk memeriksa dari segi integriti keselamatan tangki yang tinggal serta saluran paip berdekatan,” katanya semasa ditemui di lokasi kebakaran di KBC Telok Kalong di sini semalam.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak dibenarkan memberi kebenaran kepada semua pekerja untuk memasuki kawasan tersebut kecuali mereka yang terlibat dalam operasi pemadaman atau anggota sokongan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN