KUALA LUMPUR 24 Julai – Polis menasihatkan orang ramai terutama golongan muda supaya berhenti melakukan tarian Keke Challenge di kawasan jalan raya kerana membahayakan nyawa. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, walaupun trend itu yang kini menular di negara ini dilakukan di kawasan terpencil atau bukan laluan utama dipercayai boleh menyebabkan kemalangan jiwa dan kecederaan. Bagaimanapun menurut beliau, buat masa ini pihaknya belum…










