KUALA LUMPUR 6 Julai – Kansai Paint Asia Pacific Sdn. Bhd. anak syarikat pengeluar cat terbesar Jepun, Kansai Paint Co. Ltd. melancarkan cat pembersih udara mesra alam serba baharu, Ales Shiquy bersempena sambutan ulang tahun ke-100 syarikat berkenaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kansai Paint, Hiroshi Ishino berkata, Ales Shiquy iaitu cat hiasan emulsi berasaskan air diperbuat daripada lepa kapur buatan Malaysia pertama yang boleh mempertingkatkan kualiti udara ruang dalaman.…










