IPOH 10 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul gelaran juara Liga Super musim ini lebih awal setelah mengalahkan Perak 2-1 dalam perlawanan di Stadium Perak hari ini. Ini adalah kali kelima berturut-turut JDT memenangi Liga Super apabila mengumpul 47 mata selepas 18 perlawanan. Dengan baki empat perlawanan, kelebihan 16 mata yang dimiliki JDT tidak mampu untuk diatasi oleh Perak yang kini menduduki anak tangga kedua liga. Perak memulakan perlawanan…










