JBPM tambah anggota baharu - Utusan Malaysia

JBPM tambah anggota baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 8 Julai – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat pengambilan lebih 1,000 anggota baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Mohamad Hamdan Wahid berkata, pengambilan berkenaan agak ramai berikutan penambahan
29 Balai Bomba dan Penyelamat baharu.

“Kita mendapat kelulusan penjawatan yang baharu sebanyak 662 jawatan manakala baki 400 lagi adalah penjawatan lama yang masih belum terisi dan sekarang ini kita dalam proses pengisian penuh.

“Mereka ini akan ditempatkan di balai-balai bomba bahar di seluruh negara selain membantu memantapkan lagi pasukan berkenaan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat JBPM negeri di sini hari ini.

Tambah Mohamad Hamdan, pada masa ini, lebih 400 anggota sedang menjalani latihan di Akademi Wakaf Tapak, Terengganu, Akademi Wilayah Sabah dan Akademi Wilayah Tengah Kuala Kubu Baru, Selangor.

“Anggota terbabit akan tamat latihan pada bulan ini dan September seterusnya mengisi kekosongan jawatan tersebut,” katanya.- UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN