Jangan bubar Terengganu FC II - Utusan Malaysia

Jangan bubar Terengganu FC II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meminta supaya pengurusan baharu persatuan tidak bertindak melulu dengan membubarkan pasukan Terengganu FC II (TFC II) pada musim depan.

Menurutnya, perkara itu bagi menjamin perkembangan bola sepak negeri untuk jangka panjang memandangkan TFC II adalah pelapis kepada pasukan utama, Terengganu FC (TFC).

Ia berikutan terdapat desas-desus mengatakan pasukan TFC II di bawah kendalian Mustafa Kamal Wahab yang menghuni tangga terbawah Liga Premier bakal dibubar untuk disesuaikan dengan kewangan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Razif berkata, pasukan TFC II perlu diperkasa dan dibarisi pemain muda berbakat besar yang mampu menjadi pelapis kepada skuad utama Terengganu dan kebangsaan.

“Saya berharap Menteri  Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilantik menerajui PBSNT tidak akan membubarkan pasukan TFC II, sebaliknya pasukan itu diperkasa lagi sebagai pelapis kepada pasukan TFC.

“Ini untuk kesinambungan pembangunan bola sepak negeri dalam jangka panjang kerana TFC II adalah pelapis kepada pasukan utama, Terengganu FC,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×