BAITULMUQADDIS 5 Julai – Pihak berkuasa Israel melanjutkan tempoh tahanan tanpa perbicaraan selama empat bulan terhadap seorang ahli politik Palestin. Susulan itu, ahli politik berkenaan, Khalida Jarrar, 55, terpaksa meringkuk dalam tahanan sejak lebih setahun lalu. Khalida ditahan pada 2 Julai tahun lalu kerana menjadi anggota Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), sebuah pergerakan disifatkan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). – AFP










