Inovasi peneraju utama pertumbuhan ekonomi Malaysia - Utusan Malaysia

Inovasi peneraju utama pertumbuhan ekonomi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Julai – Malaysia berada di tangga ke-37 daripada 128 negara dengan pencapaian hebat bagi eksport dan import teknologi tinggi, kolaborasi penyelidikan universiti dan industri serta jumlah graduasi dalam sains dan kejuteraan.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz berkata, perkembangan itu menunjukkan Malaysia berhasrat menjadikan inovasi sebagai

peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru kata beliau, pihaknya memyokong penuh hasrat tersebut dengan penganjuran program-program bersifat penyelidikan dan inovasi.

“Rakyat Malaysia terutama generasi muda serta di peringkat akar umbi perlu dimaklumkan berkenaan kepentingan inovasi dan kreativiti.

“Ini bagi memastikan pembudayaan inovasi dan kreativiti dapat diamalkan setiap hari,” katanya dalam ucapan perasmian Pertandingan Inovasi dan Kreativiti@PMJB Peringkat Kebangsaan 2018 (PNiCC’18) di Galeria@Kotaraya di sini sebentar tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohammad Naim Yaakub.

Yang turut hadir Pengarah Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Azirin Abdul Aziz@Nong dan Timbalan Pengarah PMJB, Dr. Norazlina Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN