PERNAH dengar tak, ada orang Melayu yang dengan bangganya mengaku dia tidak pandai sangat berbahasa Melayu? Bolehlah, sikit-sikit sahaja, katanya, atau ada yang tidak tahu langsung. Tentu pernah. Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Orang Melayu tidak pandai cakap Melayu di negara ini sudah biasa kita dengar. Saya sendiri sudah banyak kali mendengar pengakuan ini. Melopong jugalah dengan kenyataan sebegitu. Sebabnya, yang membuat pengakuan tersebut bukan pun ada rupa kacukan…










