Tidak lengkap rasanya sesuatu rekaan telefon pintar tanpa reka bentuk menawan, moden dan bergaya bagi memenuhi permintaan rata-rata golongan muda serta golongan pertengahan yang mementingkan penampilan. Telefon bimbit pintar adalah antara gajet keperluan yang sentiasa dibawa ke mana-mana, justeru amat penting peranan reka bentuk bagi membolehkan gajet tersebut sentiasa memenuhi kehendak pengguna. Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei baru-baru ini memperkenal generasi ketiga Huawei Nova iaitu Huawei Nova 3 dan Nova 3i…