Harga meningkat selepas GST sifar - Utusan Malaysia

Harga meningkat selepas GST sifar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendapati harga makanan dan minuman di kedai dan restoran di negara ini bukan sahaja tidak turun, malah ada yang meningkat selepas pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 1 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, lebih 50 peratus daripada 4,000 ­adu­an pengguna yang diterima di seluruh negara sepanjang bulan lalu melibatkan kenaikan harga makanan dan minuman di kedai serta restoran.

“Kita akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan barangan di Pasar Bayan Baru di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×