PUTRAJAYA – Kira-kira 30 peratus restoran India Muslim di seluruh negara dikesan masih tidak menurunkan harga makanan dan minuman selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika membuat pendedahan itu berkata, perkara tersebut dikesan selepas Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan di premis-premis tersebut…










