Guru tahfiz ditahan, lakukan seks oral terhadap pelajar - Utusan Malaysia

Guru tahfiz ditahan, lakukan seks oral terhadap pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Polis hari ini menahan seorang guru tahfiz kerana melakukan perbuatan luar tabii terhadap seorang pelajarnya di Taman Keramat Permai, Hulu Kelang, dekat sini.

Kejadian dipercayai berlaku pada awal Mei lalu.

Difahamkan, mangsa telah cuba menolak permintaan suspek namun disebabkan bimbang suspek berkecil hati, mangsa akur dengan kehendak suspek dan perbuatan itu berlaku selama lebih kurang tiga minit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, perkara itu telah terjadi sebanyak lima kali.

“Pada 26 Jun lalu, mangsa telah pulang ke rumahnya di Johor dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan gurunya.

“Mangsa turut berasa takut untuk balik semula ke sekolah tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Hamzah, satu tangkapan telah dibuat hari ini di Ampang dan suspek telah direman hingga 17 Julai.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN