Guna WeChat promosi pesta liar - Utusan Malaysia

Guna WeChat promosi pesta liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis membongkar taktik penganjuran pesta liar di kondominium mewah sekitar ibu negara melalui dua serbuan di kediaman mewah di Jalan Pahang dan Jalan Ampang pada 3 dan 6 Julai lalu.

Dalam dua serbuan bera­singan itu, seramai 68 individu berusia antara 14 hingga 44 tahun berjaya ditahan terdiri daripada sembilan rakyat tempatan, empat lelaki warga Thailand, dua wanita dan seorang remaja warga Indonesia.

Turut ditahan dua penganjur iaitu dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 44 tahun.

Ujian saringan air kencing mendapati ke­semua mereka positif dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 5.45 petang di Kondominium Jalan Ceylon yang terletak di Jalan Pahang, pihaknya menahan 15 individu terdiri daripada lima lelaki tempatan, empat lelaki warga Thailand, dua wanita warga Indonesia dan empat wanita tempatan yang berada dalam keadaan khayal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN