Gergasi Merah sedia bangkit – Nazliazmi - Utusan Malaysia

Gergasi Merah sedia bangkit – Nazliazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN Selangor kempunan untuk menjulang trofi Piala FA, namun jurulatihnya, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir tetap memberi sokongan kepada para pemainnya untuk terus memberikan saingan hebat dalam saingan Liga Super yang masih berbaki enam perlawanan musim ini.

Gergasi Merah dijadualkan bertemu Kelantan malam esok di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu meskipun faktor keletihan masih membelenggu pemain-pemain ber­ikutan baru selesai beraksi pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Nazliazmi mengakui agak berat untuknya berdepan tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari memandangkan para pemain perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan pada setiap perlawanan.

“Selepas aksi final Piala FA, kami hanya berehat satu hari dan kembali menjalani latihan seperti biasa untuk berdepan Kelantan, Rabu ini.

“Saya akan membuat satu perjum­paan bersama semua pemain untuk memberikan sokongan moral kepada mereka agar kekecewaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak menjejaskan aksi kami dalam saingan liga.

“Saya merasakan pemain muda perlu sokongan kerana pastinya mereka terkesan selepas penampilan pertama di pentas akhir tidak menyebelahi kepada Selangor,” katanya semalam.

Sementara itu, Nazliazmi merasakan kemungkinan perubahan kese­belasan utama akan dilakukan apabila berdepan The Red Warriors kerana sistem penggiliran yang baik dapat memberikan rehat secukupnya kepada pemain.

“Saya tetap percaya dengan barisan jurulatih sedia ada dapat membantu menaikkan semula semangat pemain-pemain supaya mereka mempamerkan aksi positif seperti ditunjukkan dalam kempen Liga Malaysia sebelum ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN