Empat lagi kanak-kanak terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan - Utusan Malaysia

Empat lagi kanak-kanak terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya mengeluarkan empat lagi kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua yang dilanda banjir di Chiang Rai, bahagian utara Thailand.

Menurut agensi berita antarabangsa Reuters, sehingga pukul 7.59 malam ini, mangsa kelapan telah berjaya dibawa keluar daripada gua berkenaan.

Sebelum itu, dua lagi mangsa turut berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari lokasi tersebut kira-kira pukul 7.30 malam.

Sehingga kini, seramai lapan daripada 13 kanak-kanak dan jurulatih yang berusia antara 11 hingga 25 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut, manakala lima lagi masih berada di dalam gua berkenaan.

Semalam, kumpulan pertama empat kanak-kanak daripada kumpulan terbabit telah berjaya dibawa keluar selepas kesemua mereka terperangkap di dalam gua berkenaan sejak lebih dua minggu lalu.

Insiden tersebut telah menarik perhatian seluruh dunia termasuk beberapa negara turut menghantar pasukan penyelam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN