Eksekutif wanita menyebabkan empat maut direman empat hari  - Utusan Malaysia

Eksekutif wanita menyebabkan empat maut direman empat hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap seorang eksekutif wanita bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan empat lelaki di hadapan sebuah premis kedai di Pusat Komersial BDC, Jalan Chong Thien Vun di sini awal pagi semalam.

Perintah reman tersebut dibenarkan oleh Hakim, Ferhansha Farene Mohd. Ferdaus bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Terdahulu, suspek berusia 34 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah dekat sini pada pukul 9 pagi tadi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Kosmo! semalam melaporkan empat lelaki maut manakala seorang wanita patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang wanita dipercayai dalam keadaan mabuk di hadapan sebuah premis kedai di Pusat Komersial BDC, Jalan Chong Thien Vun di sini kira-kira pukul 1.30 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN