KUALA TERENGGANU – Dua beranak warga Thailand dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki 13 utas jerat dawai dan dua ekor kura-kura spesies duri bukit tanpa kebenaran pada tiga minggu lalu. Hakim Tuan Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Canthi Cantupa, 44, dan anak lelakinya Pipop Cantupa, 18, membuat pengakuan bersalah setelah kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa…










