Dua bekas hakim pilihan Pakatan Harapan untuk Speaker Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Dua bekas hakim pilihan Pakatan Harapan untuk Speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan mungkin tidak akan melantik seorang ahli Parlimen sebagai Speaker Dewan Rakyat sebaliknya mempunyai dua bekas hakim sebagai pilihan kerana terdapat kebimbangan bahawa keputusan melantik kalangan ahli Parlimen tidak sesuai bagi memastikan keadilan dalam perbahasan Parlimen.

Menurut sumber dalam pemimpin tertinggi parti itu, dua hakim Mahkamah Rayuan yang bersara kini menjadi pilihan walaupun mendapat tekanan daripada PKR supaya melantik orang-orangnya sebagai sebahagian kompromi bagi keadaan di mana wakil pilihannya diketepikan untuk jawatan menteri besar di beberapa buah negeri.

Sumber itu berkata, bekas hakim, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk Seri Mohd. Hishamudin Yunos disukai bukan sahaja kerana pengetahuan mereka mengenai undang-undang, tetapi juga kerana tiada kesetiaan politik yang ditunjukkan ketika mereka bertugas dulu.

“Kedua-dua hakim itu bersara pada 2015. Mereka terkenal dengan beberapa penghakiman yang tidak memihak kepada pihak berkuasa, terutama dalam kes berkaitan dengan undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Rahsia Rasmi.

“Hishamudin juga terlibat dalam beberapa penghakiman penting yang menyentuh isu perlembagaan, termasuk kes wanita yang dilahirkan ibu bapa Hindu, mencabar penukaran agamanya kepada Islam oleh pihak berkuasa agama Pulau Pinang, dan meminta kes itu diperdengarkan di mahkamah sivil,” kata sumber berkenaan seperti dipetik laporan Free Malaysia Today di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN