Dikritik muat naik video isteri sedang bersalin, Aliff Aziz tidak boleh sekat pendapat peminat - Utusan Malaysia

Dikritik muat naik video isteri sedang bersalin, Aliff Aziz tidak boleh sekat pendapat peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tidak terkesan dengan kritikan peminat selepas memuat naik video isterinya, Bella Astillah yang sedang melahirkan anak sulung mereka, Mohamad Ayden Adrean, 1, di Instagram.

Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 27, berkata, dia tidak boleh menyekat khalayak daripada memberikan kritikan dan menghormati setiap pandangan yang diberikan.

“Sejujurnya, saya memuat naik video tersebut kerana mahu meraikan momen indah Ayden lahir ke dunia, tidak lebih daripada itu.

“Jika ada yang mahu mengkritik, saya tidak kisah. Saya faham mereka mempunyai pandangan dan pendirian tersendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu berharap agar khalayak lebih terbuka dan cuba melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih positif.

“Saya berharap agar masyarakat tidak memandang setiap perkara sebagai sesuatu yang negatif.

“Kita akan lebih bahagia jika kita sentiasa positif dalam segala hal,” katanya lagi.

Aliff memuat naik video tersebut di Instagram bagi meraikan ulang tahun pertama anaknya.

Video berdurasi sekitar 52 saat itu memaparkan saat-saat genting Bella melahirkan anak mereka setahun yang lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN