BERMULA dari 1 Syawal sehingga ke hari-hari terakhir bulan yang penuh mulia ini, pelbagai kenangan baharu telah dicipta. Ada saudara-mara yang sudah lama tidak bersua muka, akhirnya bertemu semula pada hari raya. Tidak ketinggalan, sahabat handai yang berpeluang mengukuhkan silaturahim di rumah terbuka. Pun begitu, dalam meriahnya Syawal, baru-baru ini, timbul cerita kurang manis berkaitan amalan kunjung-mengunjung. Ia mengenai video dimuat naik seorang lelaki bernama Arman yang sedang mengeluarkan lebih…










