De Laurentiis tuduh Sarri 'curi' pemain - Utusan Malaysia

De Laurentiis tuduh Sarri ‘curi’ pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis menuduh bekas jurulatih pasukannya, Maurizio Sarri cuba untuk membawa semua pemain Napoli untuk bersamanya ke Chelsea bagi memperkuatkan lagi kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) musim depan.

Tugas yang dipikul Sarri sebelum ini digantikan oleh Carlo Ancelotti penghujung musim lalu selepas beliau mengendalikan pa­sukan itu sejak tahun 2015.

Sarri tidak menyertai Chelsea secara sendirian apabila berjaya membawa Jorginho untuk terus bersamanya pada EPL meskipun pada mulanya pemain te­ngah tersebut dikhabarkan akan menyertai Manchester City.

Bagaimanapun, De Laurentiis memberitahu, bukan hanya Jorginho sahaja yang ingin Sarri dapatkan, malah ada beberapa nama lain yang masih dalam fikirannya untuk dibawa ke Stamford Bridge.

“Saya tidak gemar me­ngatakan kami berdua telah melakukan kesilapan walaupun merasakan saya telah membuat keputusan yang betul.

“Sarri masih mempu­nyai kontrak bersama kami tetapi sikapnya itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila meletakkan kesalahan kepada pemain kerana kegagalan pasukan.

“Meskipun beliau te­lah menghukum pemain dalam sesi latihan sebelum ini tetapi pemain masih tetap memberikan yang terbaik untuknya.

“Kemudiannya Sarri i­ngin mendapatkan semua pemain tersebut ke EPL untuk melakukan perkara yang sama, namun saya perlu bincangkan perkara tersebut bersama Pe­ngarah Chelsea, Marina Granovskaia.

“Sarri telah mendapatkan Jorginho sebelum ini dan kini beliau dikatakan cuba untuk membawa Amadou Diawara dan Marek Hamsik ke Stamford Bridge,” kata De Laurentiis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN