Boris Johnson, menteri ketiga letak jawatan - Utusan Malaysia

Boris Johnson, menteri ketiga letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON, 9 Julai – Boris Johnson meletak jawatan sebagai Menteri Luar Britain, menjadi menteri ketiga dalam tempoh 24 jam meninggalkan kerajaan yang tidak menyokong rancangan Brexit Perdana Menteri Britain, Theresa May, lapor The Guardian.

Jurucakap Downing Street berkata, May telah menerima peletakan jawatan itu dan mengucapkan terima kasih kepada Boris atas usahanya selama ini.

May kini berhadapan dengan krisis dalam Kabinetnya apabila sebelum ini Menteri Brexit Britain, David Davis dan seorang timbalannya meletak jawatan. – BERNAMA/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN