Bomba usaha optimum keanggotaan - Utusan Malaysia

Bomba usaha optimum keanggotaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha mengoptimumkan keanggotaannya di seluruh negara bagi memastikan operasi jabatan berjalan lebih lancar. 

Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, baru-baru ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan penambahan perjawatan baharu sebanyak 662 kepada jabatan itu, manakala kira-kira 400 jawatan lama pula masih belum diisi.

“Penempatan anggota baharu ini diperlukan untuk 29 balai baharu di seluruh negara termasuk balai kritikal (yang kekurangan anggota).

“Turnover’ cukup tinggi kerana terdapat anggota yang bersara wajib, bersara pilihan, ada yang letak jawatan dan ada (ditamatkan perkhidmatan) atas sebab masalah tatatertib dan kekosongan ini perlu diisi,” katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perlis di sini hari ini.

Menurut Mohammad Hamdan, bagi mengisi keperluan keanggotaan buat masa ini, pihaknya turut memaksimumkan pelantikan anggota bomba sukarela yang mendapat latihan dan mempunyai kecekapan serta kemahiran yang sama seperti anggota tetap. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN