APABILA Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin memutuskan untuk meneruskan penguatkuasaan pelaksanaan sistem kapit tayar di ibu negara baru-baru ini, ramai yang memberi maklum balas positif. Penulis antara individu yang turut bersetuju dengan keputusan diambil demi kebaikan semua pihak. Ini membuktikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pihak berkuasa tempatan tetap berpegang teguh dengan pendirian mempertahankan sesuatu sistem yang terbukti keberkesanannya. Keberanian beliau membuat keputusan itu perlu…










