Baru Bian perlu imbangi tugas secara bijak sebagai satu-satunya menteri penuh dari Sarawak - Utusan Malaysia

Baru Bian perlu imbangi tugas secara bijak sebagai satu-satunya menteri penuh dari Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Baru Bian kini perlu mengimbangi tugasnya secara bijak dalam landskap baharu politik masa kini kerana beliau adalah satu-satunya menteri penuh dalam Kabinet kerajaan Persekutuan yang mewakili Sarawak

Sebagai Menteri Kerja Raya Persekutuan, beliau mempunyai peranan membantu Sarawak membangunkan infrastruktur negeri dengan mengambil alih tugas yang dahulu dijalankan oleh Datuk Seri Fadillah Yusoff dari kerajaan terdahulu.

Sebagai ketua PKR Sarawak, beliau perlu memastikan bahawa suara rakyat Sarawak didengar oleh Putrajaya.

Sarawak kini diterajui oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan oleh empat parti yang dahulu menjadi komponen Barisan Nasional Sarawak. GPS menyatakan bahawa gabungan itu mesra kepada Pakatan Harapan yang memegang teraju pemerintahan negara.

Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, walaupun ia tugas yang sukar dengan mengambil kira senario baharu politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan hakikat sama ada PH boleh bekerjasama dengan GPS, Baru pasti akan membawa banyak perubahan positif kepada Sarawak. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN