KUALA LUMPUR – Anugerah Telenovela 2018 yang mengiktiraf karya adaptasi daripada novel bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Sabtu ini. Pengerusi Penganjur Anugerah Telenovela 2018, Hasan Hamzah berkata, anugerah yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya itu menerima 46 pencalonan pada tahun ini. “Pencalonan yang diterima itu merupakan karya adaptasi novel yang dijadikan siri televisyen, telefilem dan filem serta ditayangkan pada tahun lalu. “Kita masih mengekalkan format…










