Akaun Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib masih beroperasi - Utusan Malaysia

Akaun Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib masih beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Akaun Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak masih beroperasi dan tidak dibekukan. Sumbangan terkumpul mencecah RM310,245 setakat pukul 9:30 pagi hari ini.

Akaun Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib masih beroperasi
 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, akaun yang digunakan bagi mengumpul sumbangan Datuk Seri Najibmasih aktif sehingga 12 tengahari esok.

“Saya tidak pasti dengan berita yang mengatakan akaun sumbangan tersebut dibekukan kerana ia masih lagi beroperasi sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan kononnya terdapat sebuah akaun bank yang dibuka khas untuk membantu bayaran ikat jamin Najib dibekukan semalam.

“Kami menggunakan akaun CIMB Kelab Belia Berkhidmat dalam pengumpulan sumbangan ini, mungkin akaun yang dibekukan itu ialah akaun Bank Rakyat milik UMNO bahagian Pekan,” kata Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh.

Kutipan derma tersebut bertujuan membantu Najib membayar sebahagian lagi wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada hari Isnin.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN