Ahmad Shahrul kekal Pengurus Perak - Utusan Malaysia

Ahmad Shahrul kekal Pengurus Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Julai – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengumumkan Naib Presidennya, Abdul Aziz Yeop Jamaludin sebagai Setiausaha Agung Pafa yang baharu menggantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian namun bekas pemain kebangsaan itu kekal sebagai Pengurus pasukan.

Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, Pafa berpendapat jawatan Setiausaha Kehormat dan Pengurus pasukan perlu dijawat oleh dua individu berbeza.

Menurutnya, ini memandangkan peranan berbeza yang dimainkan untuk kedua-dua jawatan tersebut.

“Pafa memerlukan Ahmad Shahrul Azhar sebagai pengurus pasukan kerana beliau mempunyai pengalaman luas di padang.

“Beliau kekal sebagai pengurus pasukan sehingga berakhir kempen Piala Malaysia. Pafa mahu beliau berada di tepi padang memberikan semangat kepada pemain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengenai penamatan tugas Ahmad Shahrul Azhar sebagai Setiausaha Kehormat Pafa, Hasnul Zulkarnain berkata, bekas pemain kebangsaan itu tidak mempunyai kontrak untuk jawatan tersebut.

“Tiada istilah Ahmad Shahrul Azhar ditamatkan kontrak kerana jawatan tersebut dilantik tanpa kontrak tempoh masa,” katanya.

Mengenai pelantikan Abdul Aziz sebagai Setiausaha Agung Pafa, Hasnul Zulkarnain berkata, pelantikan itu dipersetujui dalam Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif PAFA penggal 2018-2021 pada Isnin lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN