72 akaun syarikat skim piramid bernilai RM5.867 juta dibekukan - Utusan Malaysia

72 akaun syarikat skim piramid bernilai RM5.867 juta dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 72 akaun melibatkan sebuah syarikat dan individu berjumlah RM5,867,207 telah dibekukan selepas didapati menjalankan skim piramid dalam satu operasi khas di 16 buah premis sekitar Lembah Klang dan Ipoh, Perak semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP), Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pihaknya turut menyita sebanyak RM93, 879. 20 pelbagai wang tunai asing, 26 buah kenderaan telah dibekukan transaksi pindah milik bernilai RM6,238,000 dan rampasan komputer serta pelbagai produk syarikat berjumlah RM980,352. 

“Operasi ini dijalankan adalah hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Mengenai Kesalahan Melibatkan Penyelewengan Kewangan dan Penipuan (SCOFFS) dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian ini bersama pihak polis selama sebulan,“ katanya pada satu sidang akhbar berhubung perkara tersebut di sini hari ini. 

Operasi yang dikenali sebagai Ops Coin itu disertai oleh Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara, Cyber Security dan Polis Diraja Malaysia. 

Mohd. Roslan berkata, pihaknya memulakan siasatan selepas menerima enam aduan selepas pelabur mendakwa tidak menerima pulangan daripada pelaburan skim tersebut. 

“Siasatan mendapati modus operandi syarikat ini memerlukan seorang pelabur mencari dua orang pelabur dengan bayaran sebanyak RM500 atau RM5,000,“ jelas beliau. 

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkap dibuat namun pengasas syarikat yang bergelar Datuk Seri telah disenarai hitam daripada melakukan perjalanan ke luar negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN