60 penagih ditahan di Baling, setakat Jun - Utusan Malaysia

60 penagih ditahan di Baling, setakat Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 11 Julai – Seramai 60 penagih berumur antara 19 dan 40 tahun ditahan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Baling sepanjang Januari hingga Jun lepas. 

Ketua Pegawai AADK Baling Mohd Nasir Md Radzi berkata, 58 daripadanya didakwa menerusi Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan Dan Pemulihan 1983 iaitu perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan manakala dua lagi mengikut Seksyen6(1)(b) akta sama iaitu perintah di bawah pegawasan AADK Baling.


“Jumlah itu dijangka meningkat seiring pelbagai operasi pencegahan yang dirancang hingga hujung tahun ini dan tumpuan akan diberi kepada kawasan berisiko tinggi iaitu Kupang, Pekan Baling dan Kuala Ketil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 


Mohd Nasir berkata, hasil serbuan dan tangkapan bagi enam bulan pertama tahun ini menunjukkan dadah jenis opiatiaituheroin dan morfin menjadi sasaran utama penagih, diikuti dadah jenis syabu.

Sementara itu, seramai 636 Orang Kena Pengawasan (OKP) turut didaftarkan hingga Jun lepas.

”Hakikatnya masih ramai lagi yang masih bergelut dengan masalah penagihan dadah dan tidak berdaftar dengan AADK. Kita akan terus mengesan penagih-penagih ini dengan bantuan penduduk kampung, pihak sekolah serta agensi berkaitan supaya mereka dapat menjalani program rawatan dan pemulihan,” katanya. – BERNAMA



Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×