24 terbunuh kereta api di Turki tergelincir - Utusan Malaysia

24 terbunuh kereta api di Turki tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 9 Julai – Seramai 24 orang dilaporkan maut manakala beratus lagi cedera apabila sebuah kereta api tergelincir di barat daya negara ini.

Menurut pegawai, insiden itu berlaku di­sebabkan hakisan tanah di bawah landasan kereta api selepas berlakunya hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta api berkenaan membawa lebih 360 orang penumpang dan dalam perjalanan dari wilayah Edirne yang terletak antara sempadan Greece dan Bulgaria ke stesen Halkali di Turki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak enam gerabak dikatakan tergelincir ketika melalui kampung Sarilar, wilayah Tekirdag.

Agensi berita Anadolu memetik Timbalan Perdana Menteri Turki, Recep Akdag sebagai berkata, operasi pencarian di semua gerabak yang tergelincir telah selesai dilakukan pagi tadi.

Menurut Menteri Kesihatan, Ahmed Demircan seperti dipetik oleh media tempatan, 338 orang memerlukan rawatan selepas insiden terbabit manakala 124 daripada mereka sedang dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Ahmet Arslan berkata, kali terakhir landasan kereta api tersebut diperiksa ialah pada April.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×