KUALA LUMPUR 9 Julai – Sebanyak 22,126 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya ditahan di seluruh negara oleh Jabatan Imigresen sejak 1 Januari lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu, PATI warga Indonesia merupakan paling tinggi iaitu sebanyak 7,327 orang, diikuti dengan warga Bangladesh seramai 4,483 orang.
“Warga Filipina seramai 2,237 orang berjaya ditahan manakala warga Vietnam pula sebanyak 2,188 orang. Selebihnya adalah dari negara-negara lain.
“Selain itu, seramai 585 majikan turut ditahan dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE









