KUALA LUMPUR 11 Julai – Sebanyak 21 saman dikeluarkan terhadap pemandu lori dalam Op Timbang Berat dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Jalan Cheras, dekat sini pagi tadi. Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam operasi yang berjalan selama lima jam itu, pihaknya dan SPAD memeriksa sebanyak 21 buah lori dan menimbang 10 daripadanya. “Kita dapati 10 daripada lori yang…










