1,147 kes HFMD dikesan di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

1,147 kes HFMD dikesan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 11 Julai – Sebanyak 1,147 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Sembilan sehingga minggu ke-27 tahun ini.

ZAINUDDIN MOHD. ALI
ZAINUDDIN

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 114 peratus berbanding hanya 536 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Terdapat peningkatan kes yang ketara pada minggu ke-12 hingga minggu ke-17 iaitu antara bulan Mac hingga April.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan itu kawalan telah dilakukan dan jumlah kes menurun kepada 19 kes seminggu daripada 37 kes seminggu pada minggu ke-23. Penurunan kes yang dicatatkan adalah sebanyak 49 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×