Wanita warga emas maut dalam kejadian samun - Utusan Malaysia

Wanita warga emas maut dalam kejadian samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 27 Jun – Seorang wanita berusia 72 tahun ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di Jalan Walker, Pokok Assam petang semalam setelah dipercayai disamun oleh dua individu tidak dikenali.

Mangsa yang ditemukan kira-kira pukul 5.48 petang, bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 2 pagi hari ini ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, siasatan mendapati dua suspek lelaki yang bermotosikal dan tidak pasti bangsanya, telah menarik basikal dinaiki mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekoran kejadian itu, mangsa telah terjatuh di tepi jalan. Suspek kemudian melarikan diri dengan basikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini