KLANG 10 Jun – Dua peniaga air di Bazar Jalan Taiping di sini direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang tercetus dengan pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) malam semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam apabila pegawai penguat kuasa MPK sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi perniagaan tersebut. Katanya, setibanya di gerai peniaga terbabit, penguat kuasa meminta…










