Versi baharu cara ambil dadah - Utusan Malaysia

Versi baharu cara ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah tidak pernah serik malah saban hari penjenayah itu muncul dengan pelbagai idea licik bagi melindungi pengedar dan penagih demi kelangsungan aktiviti yang sangat menguntungkan itu.

Pada Disember tahun lalu, Kosmo! melaporkan Malaysia bakal berdepan dengan ancaman bahan psikoaktif baharu dikenali New Psychoactive Substances (NPS) yang digunakan bagi menghasilkan dadah sintetik baharu sehingga pengambilnya berkelakuan tidak ubah seperti mayat hidup.

Bahan sintetik itu juga dikatakan sama seperti dadah jenis flakka yang menjadikan seseorang itu tidak sedar diri atau kelihatan seperti zombi dan kini menjadi ancaman besar di Amerika Syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terbaharu, polis mengesan sindiket dadah mampu mencipta NPS dalam bentuk pelekat. Dadah dalam bentuk pelekat itu sama seperti pelekat koyok yang digunakan untuk meredakan sakit sendi, sakit kepala atau nyahtoksik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini